22 January 2009

TAKLIMAT PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK SESI 1

Seramai 54 orang guru-guru pengakap daerah telah mengikuti taklimat ringkas yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato' Ishak pada hari ini jam 1500. Dalam taklimat ini, guru-guru telah diberi penerangan lanjut mengenai keseluruhan aktiviti pengakap kanak-kanak dari peringkat Keris Gangsa, keris Perak, Keris Emas dan pencapaian yang tertinggi iaitu Rambu. Sebagaimana yang diketahui aktiviti pengakap kanak-kanak ini dapat memberi markah dalam bidang kokurikulum bagi membantu mereka memasuki asrama penuh. Selain dari itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdisiplin, keyakinan diri dapat diserapkan melalui peribadi murid itu sendiri untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Justeru, guru-guru perlu menggalakkan murid giat aktif agar mereka dapat menyempurnakan diri sebagai seorang kanak-kanak pengakap yang cemerlang.