09 December 2011

KURSUS DISCOVER YOURSELF

Pihak OBS telah mengutamakan ahli pengakap yang berminat untk menyertai semua kursus di OBS. Sila layari laman web untuk mengetahui apa xtvt nye. Yang betul2 berminat sila infom saya awal sebelum tarikh kursus yang dipilih.Semua percuma ditaja sepenuhnya oleh VALE. VALE tu adalah syarikat dari Brazil...nak tau apa tu VALE...taipkan perkataan tu dan anda tahulah betapa besarnya dunia ini.

www.outwardbound/

SELAMAT TAHUN BARU 2012

20 November 2011

TAULIAH PEMIMPIN PENGAKAP





Tahniah kepada Guru-guru SK Pangkalan TLDM yang telah menerima Sijil Tauliah Pengakap Malaysia...semoga anda terus memberikan khidmat kepengakapan walau dimana anda berada selagi hayat dikandung badan....Sekali berpengakap..terus berpengakap...!


19 November 2011

UJIAN KERIS EMAS DAN PERAK (2)










Seramai 47 org pengakap telah datang mengambil ujian ini pada 18 - 20 Novemver 2011 di SK Seri Bayu.Terima kasih kepada semua penguji dan Guru Besar sekolah ini yg membenarkan Pengakap Manjung menggunakan premis. tahniah kepada yang berjaya...yg gagal jangan putus asa...cuba lagi tahun hadapan...SILA GUNA SKIMA BARU versi 2010...tq

23 October 2011

UJIAN KERIS EMAS DAN PERAK
18 - 20 November 2011 di SK Seri Bayu
sila dapatkan borang dari pemimpin sekolah anda segera.

27 September 2011

KURSUS JATIDIRI PENGAKAP MJG


    Maklumat Awal:

  • Kursus Jati Diri Pengakap Manjung akan di adakan di Sekolah Latihan Semangat , Teluk Batik pada 20 Nov hingga 29 Nov 2011 Untuk peserta berumur 10 -12 tahun. dan 12 Dis - 21 Dis 2011 untuk 13 tahun ke atas. Semua percuma termasuk makan minum penginapan .
  • Tempat adalah terhad kepada 30 peserta sahaja. Surat akan menyusul.Untuk mengetahui aktiviti yang dijalankan sila layari laman Web: Outward Bound Lumut.Tempahan awal, sila msj saya 0175250195 dengan memberikan nama dan sekolah serta umur peserta. terima kasih.

25 August 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Pengakap Manjung mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Semua ahli-ahli pengakap khasnya Pengakap Daerah Manjung..
23 - 25 Sept ini ada Ujian Sikap di kem Kota... tq

Layari lah juga Face Book APLD Pengakap Manjung.

16 June 2011

UJIAN LENCANA PENGAKAP LAGI....

1 - 3 JULAI 2011 DI KEM PASIR PANDAK- UJIAN JURU MASAK/ TUKANGMASAK/PERTOLONGAN CEMAS DAN PRA SIKAP.

8 - 10 JULAI 2011 - UJIAN AHLI BERKHEMAH DAN LENCANA USAHA SIRI KE 2 -
SILA COL TN SUHAIRI UNTUK MAKLUMAT LANJUT 0123188953


LENCANA PENGEMBARA PKK - 22 - 23 JULAI 2011 DI SKDI

02 May 2011

MALAM KEBUDAYAAN KEMPORI PKK 2011

Pasukan tarian tradisional daerah Manjung adalah naib johan pertandingan malam kebudayaan Kem Anugerah Rambu PKK Perak pada tahun ini. Tahniah buat peserta dan pemimpin yang sentiasa komited dengan apa jua tugas yang diberi.... Anda memang HEBAT !!








01 May 2011

KEM USAHA 2011


Kem ini diadakan di Pasir Pandak, Lekir. Diketuai oleh Tn Zawawi, Tn Suhairi dan Tn Muaz .Tahniah kepada yang lulus.

KEM ANUGERAH RAMBU PKK 2011

49 PKK Manjung telah menyertai Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di Kompleks Rakan Muda Kampar. Ketua Kontigen Pn Lela bersama barisan pemimpin Latifah, Norizan, Zakiah, Hanizah,Salasiah, Azizah dan saya telah berjaya melaksanakan misi ini. Manjung Naib Johan Tarian,...syabas!













19 March 2011

UJIAN 3 LENCANA PKK

9 - 10 April di SK Dato' Ishak - Ujian Lencana Pembaca Peta, Pengurus Rumah , Pertolongan Cemas dan Persediaan Rambu PKK. Sila dapatkan maklumat dari Pemimpin anda sekarang.Tq

02 March 2011

UJIAN KERIS EMAS DAN PERAK

Ujian ini akan diadakan pada 25 - 27 Mac 2011 di SK Dato' Ishak. Sila dapatkan borang penyertaan dari pemimpin sekolah anda. Tq

02 February 2011

UJIAN 3 LENCANA BAGI PKK 2011

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP di Kampar ( Kinta Selatan) pada 30, 31 Apr dan 1 Mei...harap murid Tahun 6 siap sedia.

19 FEB 2011 Sabtu 8.30 pg - 12.00 tgh - Ujian Basikal, 2 ptg - 6 ptg Ujian Kraftangan dan 8 mlm - 11 mlm Ujian Pelukis...sila dapatkan maklumat dari pemimpin sekolah anda segera....Ketua Ujian Tn Ramlan Hussin 0175250195