17 July 2010
LENCANA PENGEMBARA
Seramai 110 orang ahli pengakap kanak-kanak daerah Manjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 telah mengambil ujian lencana pengembara pada 9 dan 10 Julai 2010 yang lalu. Laluan pengembaraan pada kali ini adalah dari SK Dato' Ishak ke Marina Island dan Teluk Batik. Syabas kepada semua pengakap yang telah berjaya... Anda hebat !


28 June 2010
UJIAN LENCANA BASIKAL
27 June 2010
PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2010
25 - 27 jUN 2010 Pentarafan Pengakap Raja di Kem Kota layang2 Kiri. tahniah kepada peserta Manjung seramai 9 orang...1 Melayu, 3 India dan 5 Cina. Wau anda hebat dapat menghabiskan ujian. Mereka diberikan satu tapak dan semua kena bina sendiri tau...seorang diri saja tanpa bantuan sapa sapa...hebat..hebat...hebat..
22 May 2010
KURSUS KETUA SEKAWAN
Kursus yang diadakan pada 21 hingga 23 Mei bertempat di SK Dato' Ishak telah dihadiri oleh 74 orang pengakap kanak-kanak daerah Manjung. Namun begitu, 6 orang daripada mereka tidak berjaya meneruskan cabaran perkhemahan untuk dianugerahkan sebagai seorang ketua sekawan pengakap kanak-kanak. Tahniah kepada pengakap yang telah berjaya dengan cemerlang!


































Subscribe to:
Posts (Atom)









