25 - 27 jUN 2010 Pentarafan Pengakap Raja di Kem Kota layang2 Kiri. tahniah kepada peserta Manjung seramai 9 orang...1 Melayu, 3 India dan 5 Cina. Wau anda hebat dapat menghabiskan ujian. Mereka diberikan satu tapak dan semua kena bina sendiri tau...seorang diri saja tanpa bantuan sapa sapa...hebat..hebat...hebat..
Kursus yang diadakan pada 21 hingga 23 Mei bertempat di SK Dato' Ishak telah dihadiri oleh 74 orang pengakap kanak-kanak daerah Manjung. Namun begitu, 6 orang daripada mereka tidak berjaya meneruskan cabaran perkhemahan untuk dianugerahkan sebagai seorang ketua sekawan pengakap kanak-kanak. Tahniah kepada pengakap yang telah berjaya dengan cemerlang!
30 Apr 1 dan 2 Mei 2010 berlangsungnya siri 1 ujian Lencana Keris Emas (14 orang) dan Perak (46 0rang ) dari SK Lekir, SK Seri Bayu, SK Dato'Ishak, SK TLDM, SK TLDM 2, SK Methodis Lumut dan SK Seri Selamat. Tahniah kepada guru pemimpin sekolah yg berkenaan kerana berjaya menyediakan peserta dan bersama mereka sepanjang ujian tersebut. Ha..bukan semua guru sanggup kerja macam ni...Terima Kasih Cikgu..
Seramai 50 orang ahli dan 8 orang pemimpin pengakap daerah Manjung telah menyertai perkhemahan Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak 2010 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Batang Padang, Sungkai pada 16 hingga 18 April yang lalu. Para peserta telah melalui ujian seperti kawad kaki asas, membuat gadjet tripod, teori, simpulan & ikatan dan membina replika peti pertolongan cemas. Tarian zapin dan joget pada Malam Pengakap pula tengah berjaya mendapat tempat kedua. Keadaan cuaca yang tidak menentu tidak menghalang mereka menghadapi semua ujian dengan cemerlang dan melalui suasana perkhemahan penuh cabaran. Syabas kepada kontigen Manjung yang diketuai oleh Puan Norlela Daud!