18 April 2010

KEM ANUGERAH RAMBU PKK 2010



Seramai 50 orang ahli dan 8 orang pemimpin pengakap daerah Manjung telah menyertai perkhemahan Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak 2010 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Batang Padang, Sungkai pada 16 hingga 18 April yang lalu. Para peserta telah melalui ujian seperti kawad kaki asas, membuat gadjet tripod, teori, simpulan & ikatan dan membina replika peti pertolongan cemas. Tarian zapin dan joget pada Malam Pengakap pula tengah berjaya mendapat tempat kedua. Keadaan cuaca yang tidak menentu tidak menghalang mereka menghadapi semua ujian dengan cemerlang dan melalui suasana perkhemahan penuh cabaran. Syabas kepada kontigen Manjung yang diketuai oleh Puan Norlela Daud!

11 April 2010

UJIAN LENCANA PENGURUS RUMAH










11 April 2010 Pengakap Kanak-Kanak seramai 49 orang telah mengambil ujian ini.Mereka di uji memasak minuman panas dan air limau, menggoreng kentang dan telur serta mengemas bilik tidur dan menghidangkan malkanan. Diuji juga cara mencuci pakaian. Untung kalau siapa masuk pengakap...

25 March 2010

UJIAN LENCANA PENGAKAP

9 - 11 April 2010 - Ujian Lencana Usaha di Kem Pasir Pandak - Sekolah Menengah
10 - 11 April 2010 -Ujian 5 Lencana - Pelukis, Kraftangan,Pengurus rumah, Pembaca Peta dan Pertolongan Cemas untuk PKK di SK Dato'Ishak
16 - 18 April 2010 - Kem Rambu di SK Sg Kelah Sungkai

Ambil Perhatian: Ujian Keris Emas Dan Perak ditunda ke- 30 Apr.1 dan 2 Mei...Harap maaf..beri laluan kepada Rambu..ok

01 March 2010

PENGAKAP 2010

Mesyuarat Negeri Perak telah diadakan pada 27 Mac 2010.Aktiviti pengakap akan bermula.
Pesuruhjaya Pengakap Perak: En.Ahmad Azam Shah B Abd Majid.


3 Apr 2010 -Mesyuarat Rambu di Kompleks Belia Ipoh jam 3 ptg
6 Apr 2010 - Mesyuarat APLD Manjung Jam 3 ptg di SKDI

09 January 2010

MALAM ANUGERAH BELIA MANJUNG









9 Jan 2010 malam Anugerah Majlis Gabungan Belia Manjung di Dewan Merdeka MPM. Jamuan makan malam tahunan untuk mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin belia dengan tema 1 Belia 1 Malaysia. Tn. Zawawi dan Pn. Azizah mendapat anugerah mewakili pergerakkan Pengakap Manjung. Tn.Ramlan.Pn.Azizah,Tn.Hisham.Pn.Hanizah,Pn.Najwa,Tn.Yusof,Pn.Zarina,Pn.Latifah turut hadir.

04 January 2010

PENDAFTARAN PENGAKAP 2010

Kepada pemimpin sekolah:
Pendaftaran keahlian pengakap akan bermula awal Februari, sila gunakan format seperti tahun lalu. Kadar bayaran adalah sama.

03 January 2010

SELAMAT TAHUN 2010

Makluman untuk semua ahli Pengakap Manjung:
Tahun ini aktiviti pengakap akan melibatkan ibubapa anda secara sepenuh masa. Ini ekoran dari Tragedi Kuala Dipang yang semua dipersalahkan kepada guru-guru dan mereka yang menjayakan aktiviti. Kepada ibubapa, sila jaga anak anda sendiri semasa menjayakan ujian atau aktiviti berpengakap. Jika berlaku kematian atau kecederaan itu adalah salah anda kerana anda tidak menjaganya. Jika tidak, jangan galakkan anak anda untuk menyertai aktiviti berpengakap. Tahun ini Anugerah Rambu akan diadakan di Grik Perak. Sila bawa anak anda sendiri ke sana.
Jika ini menyulitkan anda, sila dapatkan surat dari mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan bahawa segala kemalangan atau kematian adalah ajal anak anda dan anda tidak akan menyaman JK Pengelola. Sila serahkan surat tersebut kepada urusetia semasa menyertai aktiviti berpengakap.
Jika menyulitkan anda lagi, sila duduk di rumah sahaja dan lupakan pengakap.
Terima kasih.

13 November 2009

PERKHEMAHAN KERIS EMAS DAN PERAK (2) 2009

Seramai 19 orang ahli pengakap kanak-kanak daerah Manjung mengambil ujian Keris Emas dan 38 orang lagi mengambil ujian Keris Perak pada perkhemahan kali ini bertempat di SK Dato' Ishak (13hb - 15hb Nov 2009). Mereka juga dikehendaki membuat tugasan masa lapang seperti memasak cucur ikan bilis dan tripod. Beberapa teguran telah dibuat oleh pemimpin pada pemeriksaan pagi kerana prestasi kebersihan tapak perkhemahan kurang memuaskan. Hujan yang turun pada malam hari telah memberi pengalaman berharga bagi ahli-ahli pengakap untuk menguruskan peralatan dan tapak khemah masing-masing.




15 July 2009

KURSUS PANEL BUKU LOG NEGERI

Pada 10hb dan 11hb Julai yang lalu, beberapa pemimpin yang dilantik sebagai penel buku log daerah masing-masing telah menghadiri kursus Panel Buku Log Peringkat Negeri bertempat di SK Dato' Ishak, Lumut. Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk menyelaraskan format dan cara penyediaan buku log khususnya bagi pengakap sekolah menengah.