09 January 2010

MALAM ANUGERAH BELIA MANJUNG









9 Jan 2010 malam Anugerah Majlis Gabungan Belia Manjung di Dewan Merdeka MPM. Jamuan makan malam tahunan untuk mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin belia dengan tema 1 Belia 1 Malaysia. Tn. Zawawi dan Pn. Azizah mendapat anugerah mewakili pergerakkan Pengakap Manjung. Tn.Ramlan.Pn.Azizah,Tn.Hisham.Pn.Hanizah,Pn.Najwa,Tn.Yusof,Pn.Zarina,Pn.Latifah turut hadir.

04 January 2010

PENDAFTARAN PENGAKAP 2010

Kepada pemimpin sekolah:
Pendaftaran keahlian pengakap akan bermula awal Februari, sila gunakan format seperti tahun lalu. Kadar bayaran adalah sama.

03 January 2010

SELAMAT TAHUN 2010

Makluman untuk semua ahli Pengakap Manjung:
Tahun ini aktiviti pengakap akan melibatkan ibubapa anda secara sepenuh masa. Ini ekoran dari Tragedi Kuala Dipang yang semua dipersalahkan kepada guru-guru dan mereka yang menjayakan aktiviti. Kepada ibubapa, sila jaga anak anda sendiri semasa menjayakan ujian atau aktiviti berpengakap. Jika berlaku kematian atau kecederaan itu adalah salah anda kerana anda tidak menjaganya. Jika tidak, jangan galakkan anak anda untuk menyertai aktiviti berpengakap. Tahun ini Anugerah Rambu akan diadakan di Grik Perak. Sila bawa anak anda sendiri ke sana.
Jika ini menyulitkan anda, sila dapatkan surat dari mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan bahawa segala kemalangan atau kematian adalah ajal anak anda dan anda tidak akan menyaman JK Pengelola. Sila serahkan surat tersebut kepada urusetia semasa menyertai aktiviti berpengakap.
Jika menyulitkan anda lagi, sila duduk di rumah sahaja dan lupakan pengakap.
Terima kasih.

13 November 2009

PERKHEMAHAN KERIS EMAS DAN PERAK (2) 2009

Seramai 19 orang ahli pengakap kanak-kanak daerah Manjung mengambil ujian Keris Emas dan 38 orang lagi mengambil ujian Keris Perak pada perkhemahan kali ini bertempat di SK Dato' Ishak (13hb - 15hb Nov 2009). Mereka juga dikehendaki membuat tugasan masa lapang seperti memasak cucur ikan bilis dan tripod. Beberapa teguran telah dibuat oleh pemimpin pada pemeriksaan pagi kerana prestasi kebersihan tapak perkhemahan kurang memuaskan. Hujan yang turun pada malam hari telah memberi pengalaman berharga bagi ahli-ahli pengakap untuk menguruskan peralatan dan tapak khemah masing-masing.




15 July 2009

KURSUS PANEL BUKU LOG NEGERI

Pada 10hb dan 11hb Julai yang lalu, beberapa pemimpin yang dilantik sebagai penel buku log daerah masing-masing telah menghadiri kursus Panel Buku Log Peringkat Negeri bertempat di SK Dato' Ishak, Lumut. Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk menyelaraskan format dan cara penyediaan buku log khususnya bagi pengakap sekolah menengah.






04 July 2009

LENCANA PENGEMBARA PKK 2009








Seramai 84 orang pengakap kanak-kanak dari sekolah-sekolah daerah Manjung telah menyertai ujian Lencana Pengembara pada 3 hingga 4 Julai 2009. Lokasi pengembaraan adalah dari SK Dato' Ishak, Lumut ke bukit di Teluk Rubiah melalui Teluk Batik.








Pelbagai aktiviti dan ujian telah dijalankan seperti memasak air dan membancuh air teh, mendirikan khemah, mencari tumbuhan periuk kera dan mengenali isyarat pengakap.

Perjalanan sejauh lebih kurang 15km itu bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Melengkapkan buku log adalah tugasan terakhir sebelum bersurai.

27 June 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH MANJUNG














Pesuruhjaya , Tuan Ramlan bersama 5 orang Penolong Pesuruhjaya telah menyertai kumpulan Koir Daerah Manjung yang mempersembahkan 3 buah lagu pada majlis tersebut iaitu 'Kami Guru Malaysia', 'Guru Pembina Negara Bangsa' dan 'Manjung Permai'.

27 April 2009

PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009


















Kontijen Manjung seramai 52 orang pengakap kanak-kanak, 8 pemimpin dan seorang pembantu telah menyertai perkhemahan ini yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pada 24 hingga 26 April 2009. Semua ahli pengakap tersebut telah dianugerahkan 'Rambu Pengakap Kanak-kanak' setelah berjaya menyiapkan 3 log utama (Gangsa, Perak dan Emas), 1 log kepandaian (7 Lencana) serta telah menyertai sekurang-kurang 4 perkhemahan pengakap. Mereka juga mestilah lulus semua ujian yang diadakan dan menerima sijil sah dari Persekutuan Pengakap Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan!

30 March 2009

PERKHEMAHAN KERIS EMAS DAN PERAK (1) 2009


















Pada 27 hingga 29 Mac 2009, Perkhemahan Ujian Keris Emas dan Perak (1) bagi ahli-ahli pengakap daerah Manjung telah diadakan di SK Dato' Ishak, Lumut. Sebanyak 12 buah sekolah telah mendaftarkan peserta masing-masing untuk menyertai perkhemahan dan ujian ini.