07 March 2009

UJIAN LENCANA KRAFTANGAN 2009






















Ahli-ahli pengakap kanak-kanak daerah Manjung sedang diuji kemahiran kraftangan pada 7 Mac 2009 bertempat di SK Dato' Ishak, Lumut.

06 February 2009

LENCANA BASIKAL 2009 DI SK DATO' ISHAK










Semua ahli pengakap kanak-kanak yang hadir perlu menyediakan buku log dan akan diuji tentang kemahiran berbasikal. Pengakap yang berjaya dan telah melengkapkan buku log akan dianugerahkan Lencana Basikal.



22 January 2009

TAKLIMAT PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK SESI 1

Seramai 54 orang guru-guru pengakap daerah telah mengikuti taklimat ringkas yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato' Ishak pada hari ini jam 1500. Dalam taklimat ini, guru-guru telah diberi penerangan lanjut mengenai keseluruhan aktiviti pengakap kanak-kanak dari peringkat Keris Gangsa, keris Perak, Keris Emas dan pencapaian yang tertinggi iaitu Rambu. Sebagaimana yang diketahui aktiviti pengakap kanak-kanak ini dapat memberi markah dalam bidang kokurikulum bagi membantu mereka memasuki asrama penuh. Selain dari itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdisiplin, keyakinan diri dapat diserapkan melalui peribadi murid itu sendiri untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Justeru, guru-guru perlu menggalakkan murid giat aktif agar mereka dapat menyempurnakan diri sebagai seorang kanak-kanak pengakap yang cemerlang.