Seramai 19 orang ahli pengakap kanak-kanak daerah Manjung mengambil ujian Keris Emas dan 38 orang lagi mengambil ujian Keris Perak pada perkhemahan kali ini bertempat di SK Dato' Ishak (13hb - 15hb Nov 2009). Mereka juga dikehendaki membuat tugasan masa lapang seperti memasak cucur ikan bilis dan tripod. Beberapa teguran telah dibuat oleh pemimpin pada pemeriksaan pagi kerana prestasi kebersihan tapak perkhemahan kurang memuaskan. Hujan yang turun pada malam hari telah memberi pengalaman berharga bagi ahli-ahli pengakap untuk menguruskan peralatan dan tapak khemah masing-masing.
13 November 2009
15 July 2009
KURSUS PANEL BUKU LOG NEGERI
Pada 10hb dan 11hb Julai yang lalu, beberapa pemimpin yang dilantik sebagai penel buku log daerah masing-masing telah menghadiri kursus Panel Buku Log Peringkat Negeri bertempat di SK Dato' Ishak, Lumut. Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk menyelaraskan format dan cara penyediaan buku log khususnya bagi pengakap sekolah menengah.
04 July 2009
LENCANA PENGEMBARA PKK 2009
Seramai 84 orang pengakap kanak-kanak dari sekolah-sekolah daerah Manjung telah menyertai ujian Lencana Pengembara pada 3 hingga 4 Julai 2009. Lokasi pengembaraan adalah dari SK Dato' Ishak, Lumut ke bukit di Teluk Rubiah melalui Teluk Batik.
Pelbagai aktiviti dan ujian telah dijalankan seperti memasak air dan membancuh air teh, mendirikan khemah, mencari tumbuhan periuk kera dan mengenali isyarat pengakap.
Perjalanan sejauh lebih kurang 15km itu bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Melengkapkan buku log adalah tugasan terakhir sebelum bersurai.
27 June 2009
SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH MANJUNG
31 May 2009
KURSUS KETUA SEKAWAN 2009
Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di SK Dato' Ishak, Lumut. Seramai 99 orang peserta dari 11 buah sekolah daerah Manjung hadir untuk menyertai perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah 'Ke Arah Rambu Pengakap Kanak-kanak', 'Istiadat Pemeriksaan Pagi', 'Peranan Ketua Sekawan', 'Pakaian Seragam' dan 'Malam Kebudayaan'. Latihan Pertolongan Cemas, Simpulan Ikatan dan Kawad Kaki turut diadakan. Peserta juga diuji ketahanan fizikal dengan aktiviti halangan hutan dan kemahiran memasak cara hutan disamping 12 tugasan masa lapang. Peserta yang berjaya telah diberikan sijil penyertaan. 3 orang peserta dianugerahkan Lencana Ketua Sekawan dan 5 orang peserta pula dianugerahkan Lencana Penolong Ketua Sekawan.
27 April 2009
PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009
Kontijen Manjung seramai 52 orang pengakap kanak-kanak, 8 pemimpin dan seorang pembantu telah menyertai perkhemahan ini yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pada 24 hingga 26 April 2009. Semua ahli pengakap tersebut telah dianugerahkan 'Rambu Pengakap Kanak-kanak' setelah berjaya menyiapkan 3 log utama (Gangsa, Perak dan Emas), 1 log kepandaian (7 Lencana) serta telah menyertai sekurang-kurang 4 perkhemahan pengakap. Mereka juga mestilah lulus semua ujian yang diadakan dan menerima sijil sah dari Persekutuan Pengakap Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan!
30 March 2009
PERKHEMAHAN KERIS EMAS DAN PERAK (1) 2009
07 March 2009
UJIAN LENCANA KRAFTANGAN 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)